Kod Sekolah : KEE 9023
Alamat sekolah: SMK Guar Chempedak 08800 Guar Chempedak Kedah
Telefon/Fax Sekolah: 04-4686055
Blog sekolah: smkgc.blogspot.com
Blog Kelab Komputer SMKGC: komputersmkgc.blogspot.com
Gmail Kelab Komputer SMKGC:
kk.smkgc@gmail.com

Isnin, 23 September 2013

PERJUMPAAN AKHIR KELAB KOMPUTER SMKGC 2013

Tarikh: 19 September 2013
Masa: 
1.15 - 2.00 ptg (Sesi pagi)
3.35 - 4.00 ptg (Sesi Petang)


VIDEO KENANGAN PERJUMPAAN AKHIR KELAB KOMPUTER SMKGC 2013







Khamis, 12 September 2013

Pengumuman: Perjumpaan Akhir Kelab Komputer 2013

Kepada semua anak-anak pelajar, ahli kelab komputer sesi pagi dan petang,

Insyaallah, perjumpaan akhir kelab komputer 2013 akan diadakan pada bulan september ini juga. Tarikh dan masa akan cikgu maklumkan dalam masa terdekat ini, melalui pengumuman di sekolah,blog ini dan di papan kenyataan kelab komputer.
Kepada pelajar yang berjaya menyelesaikan dan menghantar tugasan yang cikgu berikan, diucapkan terima kasih. Makluman keputusan pertandingan akan cikgu umumkan pada hari perjumpaan akhir kelab komputer nanti.

Kepada anak-anak pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan,

Selamat berjuang kepada kalian semua, Cikgu doakan, semoga kalian diberikan kemudahan dan kejayaan dalam peperiksaan. Amin

Khamis, 18 Julai 2013

Video Animasi

Video Animasi Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2013

Walaupun ini adalah penyertaan kali pertama, tetapi usaha dan kesungguhan pelajar dalam menyediakan video animasi ini amat membanggakan.

Tajuk: Faedah Internet
Disediakan oleh: Khairul, Asyraaf, Hanif Dan Adilah (Tingkatan 4 )


Ahad, 19 Mei 2013

PERTANDINGAN LIGA REMAJA KREATIF 2013



Makluman kepada semua ahli kelab komputer yang berminat menyertai Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2013 anjuran Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaann (KPKK), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional malaysia (FINAS).  tarikh pertandingan 29 April 2013 sehingga 21 jun 2013...dan anda boleh mengetahui detail syarat-syarat pertandingan ini dipautan...lrk.skmm.gov.my

Sila maklumkan kepada cikgu, jika anda berminat untuk menyertainya.

Jumaat, 10 Mei 2013

APA ITU HARDCOPY DAN SOFTCOPY?

 Soft Copy/ Salinan Lembut

Salinan lembut adalah dokumen yang disimpan pada komputer atau masih dalam bentuk data. Ia adalah versi elektronik dokumen, yang boleh dibuka dan diedit menggunakan program perisian.
Soft copy atau salinan lembut ini boleh dihantar melalui e-mel atau melalui sambungan rangkaian, yang menjadikan mereka pilihan yang lebih cekap dan kos efektif daripada menggunakan salinan keras untuk komunikasi


Kelemahan menggunakan salinan lembut ialah ia memerlukan sebuah komputer dan perisian untuk membukanya dan boleh sengaja dipadam atau diedit.






Hard Copy / Salinan Keras
Salinan keras, ia adalah dokumen yang yang telah dicetak / print. Ia adalah  kekal dan tidak boleh diedit. Contohnya dokumen yang dicetak di atas kertas.
 


 

Isnin, 8 April 2013

Perjumpaan Kelab Komputer Kali ke-3

Tarikh: 2 April 2013
Masa: 12.15tgh - 12.35tgh (Sesi petang) - 1.15tgh -2.00ptg(Sesi pagi)
Kehadiran ahli:  orang

PERKARA:
  1. Makluman tarikh kutipan yuran telah ditutup. Keahlian pelajar akan digugurkan jika gagal mejelaskan yuran RM5. Senarai baru akan dipaparkan di blog ini dan papan kenyataan kelab komputer.
  2. Penghasilan tugasan dan markah kehadiran.
  3. Bengkel menghasilkan Kalender Kelab Komputer





Ahad, 31 Mac 2013

Jumaat, 1 Mac 2013

Mesyuarat AJK Jualan Kali 1

Tarikh:19 Febuari 2013
Masa: 1.15-2.00ptg
Kehadiran : 10 orang

Perkara:
1. Mengenalpasti 3 kumpulan yang terlibat dengan jualan
2. Menentukan produk jualan
  • Kumpulan 1: Samosa & Keropok Lekor
  • Kumpulan 2: Kek
  • Kumpulan 3: Nugget & seumpamanya 

Selasa, 26 Februari 2013

Helikopter Mendarat Di Sekolah Kita

Sekadar berkongsi pengalaman.....Gambar ni dirakamkan pada 21 Febuari 2013 (Khamis) oleh ahli kelab komputer (Yusoffarhan 2A6 dan rakan-rakannya)
Sebuah helikopter peronda bagi Perlumbaan Berbasikal  Le Tour de Langkawi (LTdL) telah mendarat di padang SMKGC bagi mengisi minyak. Ramai pelajar yang mengambil kesempatan untuk mendekati dan ada yang tidak melepaskan peluang bergambar di sisi helikopter tersebut.



(^_^ terime kasih kepada Farhan dan kwn2nya)

Selasa, 19 Februari 2013

Perjumpaan Kelab Komputer Kali Ke 2 (Sesi Petang)

Tarikh: 19 Febuari 2013
Masa: 12.15tgh - 1.15tgh
Kehadiran ahli: 41 orang

PERKARA:
  1. Makluman tarikh kutipan yuran dilanjutkan sehingga pertengahan bulan Mac.  Selepas tarikh tersebut, keahlian pelajar akan digugurkan jika gagal mejelaskan yuran RM5.
  2. Penjelasan kepada penghasilan tugasan dan markah kehadiran.
  3. Bengkel menghasilkan logo Kelab Komputer 2013
  4. Makluman jualan gerai sempena Kejohanan Merentas Desa pada 21 Mac 2013
  5. Kutipan yuran.


Sabtu, 16 Februari 2013

Perjumpaan Kelab Komputer Kali Ke 2 (sesi pagi)

Tarikh: 17 Febuari 2013 (Ahad)
Masa: 1.20 ptg - 2.00 ptg
Bil Hadir : 43 Orang
Penglibatan: Ahli Kelab Komputer Tingkatan 3, 4 dan 5

AGENDA MESYUARAT:
  1. Jualan gerai sempena Kejohanan Merentas Desa pada 21Mac 2013.
  2. Tempoh bayaran yuran RM5 dilanjutkan sehingga 14 Mac 2013. Keahlian pelajar akan dibatalkan jika gagal menjelaskan yuran tersebut.
  3. Tugasan boleh dihantar melalui email: kk.smkgc@gmail.com atau dicetak dan terus kepada Pn Mazura.

Selamat Tahun Baru Cina 2013


Ahad, 3 Februari 2013

Mesyuarat Agung Kelab Komputer 2013

TARIKH: 01 Januari 2013
MASA: 8.30 -10.30 pagi
BIL KEHADIRAN: 63 orang

AGENDA:
  1. Memperkenalkan Guru Penasihat Kelab Komputer 2013
  2. Menetapkan yuran sebanyak RM5.  Tarikh akhir pembayaran: 28 Febuari 2013.
  3. Melantik AJK Kelab Komputer 2013
  4. Merancang Aktiviti Kelab Komputer 2013
  5. Hal-hal lain

Sabtu, 26 Januari 2013

Pengenalan Kepada Komputer

PENGENALAN
1. Komputer adalah sebuah alat elektronik atau mesin automatik yang digunakan untuk memproses data.
2. Komputer boleh melakukan kerja-kerja untuk membantu manusia menyelesaikan masalah-masalah dalam memproses data:
  • Menerima arahan (input) dan memasukkan data daripada pengguna.
  • Melaksanakan arahan (memproses) input/data yang diterima berbentuk pengiraan, logik memanipulasi data secara automatik dan sebagainya.
  • Menyimpan data/program dalam ingatan sekunder.
  • Menghasilkan laporan atau sebarang keputusan daripada kerja-kerja pemprosesan.
  • Laporan boleh disimpan dan boleh dipanggil semula pada bila-bila masa. 
3.  Komputer terdiri daripada dua (2) bahagian:
  • i. Perkakasan
    • Perkakasan adalah kelengkapan fizikal.
    • Contoh: Papan kekunci (keyboard), Pencetak, Modem, CD ROM, Tetikus (mouse),Unit Pemprosesan Pusat (CPU) dan lain-lain.
  • ii. Perisian
    • a.Kumpulan aturcara/program yang membolehkan kita berhubung dengan komputer.
    • b. Ianya terdiri daripada perintah-perintah tersusun yang perlu dipatuhi oleh komponen komputer untuk menghasilkan aktiviti tertentu. 
KOMPONEN-KOMPONEN KOMPUTER
1. Input 
  • Menerima data arahan daripada pengguna dan untuk memasukkan data ke dalam computer.
  • Contoh: Papan kekunci (keyboard), Tetikus (mouse), Pengibas (Scanner)
2. Output
  • Segala maklumat yang telah diproses dan dikeluarkan dalam bentuk tayangan atau cetakan (hardcopy). 
  • Contoh:Monitor., Pencetak (Printer)
3. Unit Pemprosesan Pusat (CPU)
  • Mengawal keseluruhan operasi komputer, menerima input data arahan daripada memproses data arahan yang diterima. 
  • Mengeluarkan hasil pemprosesan dan menyimpan di dalam storan sekunder atau  mengeluarkan kepada alat output.  
4. Ingatan
  • Kegunaannya:
    • Menyimpan pemprosesan unit arithmetic dan logic. 
    • Menyimpan arahan oleh pengguna.
    • Menyimpan arahan yang sedang diproses. 
  • Terdapat dua (2) jenis ingatan:
    • i. ROM (Read Only Memory) – Ingatan bacaan sahaja. 
    • ii. RAM (Random Access Memory) – Ingatan secara rawak.
5. Storan Sekunder
  • Contoh:Hard disk, Disket, CD-ROM, USBstorage 

Sumber Maklumat:
http://www.broadbandutara.com/buletin-fasilitator-schoolnet/kuala-muda-yan/Modul-Lengkap-Kursus-Maintenance-n-Security.pdf

Khamis, 24 Januari 2013

Salam Maulidur Rasul 2013

 
 SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL
12 RABIU'LAWAL 1434H 
BERSAMAAN 
24 JANUARI 2013M

Selawat Dan Salam Buat Rasul Tercinta.

Sejarah Dan Perkembangan Komputer

GENERASI PERTAMA ( 1942 - 1959 )
Ciri-cirinya:
1. Menggunakan teknologi tiub hampagas.
2. Berupaya memproses beberapa ribu arahan sesaat; lebih pantas daripada pergerakan alat mekanik.
3. Berupaya menyimpan 10,000 - 20,000 aksara.
4. Menggunakan ingatan teras magnet di mana gelang-gelang logam yang amat kecil dan boleh memberikan kuasa magnet melalui satu dari dua arah.
Contoh :
a. ABC - komputer digital elektronik pertama ( 1937 - 1942 ) oleh John
              V. Atanasoff dan dibantu oleh Clifford Benry.
b. ENIAC - diusahakan oleh John W.Mauchly dan J.Presper Eskert.
                   Dibina tahun 1945 - 1946, permulaan era cemerlang.
c. EDVAC, EDSAC dan UNIVAC 1, IBM 709 - John Von Neumann Mauchly dan Eskert ( 1951 )
d. IBM 701 ( 1953 )
e. IBM 650 ( 1959 )

GENERASI KEDUA ( 1959 - 1964 ) 
Ciri-cirinya :
1. Menggunakan transistor menggantikan tiub hampagas. Tiub
    hampagas adalah besar dan memerlukan penggunaan kuasa elektrik
    yang banyak dan dengan itu mengeluarkan haba serta cepat rosak.
2. Keserasian terhad. Atur cara yang ditulis untuk satu komputer perlu
    diubah untuk dilaksanakan pada komputer lain.
3. Menggunakan hanya pita untuk storan yang boleh memproses secara
    jujukan sahaja.
4. Menggunakan bahasa aras rendah iaitu bahasa simbolik.
5. Lebih kecil, ringan, murah tahan lama dan mudah digunakan.
6. Bahasa pengaturcaraan peringkat tingi seperti FORTRAN dan
    COBOL.
Contoh :
a. IBM 1400 - Pencipta John Bardeen, William Shockley dan Walter
                      Brattain.
b. UNIVAC M460, IBM 7090, NCR 315 dan BURROUGHS 5000. 

GENERASI KETIGA ( 1964 - 1970 )  
Ciri-ciri :
1. Menggunakan teknologi litar bersepadu yang terdiri daripada
    beribu-ribu transistor yang diletakkan pada kepingan silikon.
2. Atur cara lebih serasi.
3. Bermulanya konsep multi pengaturcaraan. Beberapa pengguna
    berkongsi mesin. Istilah baru perkongsian masa.
4. Bermulanya pemprosesan rawak dengan penggunaan cakera magnet.
5. Lebih kuat, utuh dan padat.
6. Bahasa pengaturcaraan dihasilkan seperti BASIC dan Pascal.
Contoh :
a. IBM 360 ( 1964 )
b. Bermulanya era minikomputer - PDP-8 ( 1965 )
c. ICL 1900 ( International Computer Limited ) dan VAC 9000

GENERASI KEEMPAT ( 1970 -1991 )  
Ciri-ciri : 1. Penggunaan litar bersepadu berskala besar. Istilah yang digunakan
    ialah Penyepaduan Skala-Besar ( Large-Scale Intergration ataupun
    LSI ).
2. Penggunaan mikropemprosesan pada satu serpihan.
3. Dengan pengenalan storan maya, atur cara yang bersaiz beberapa kali
    saiz ingatan mesin boleh dilaksanakan.
4. Pengenalan kepada cakera pada ingatan baca sahaja ( Compact Disc
    Read Only Memory ( CD ROM ) ).
5. Ingatan utama komputer menjadi lebih cekap, pantas dan besar.
Contoh :
a. IBM 370 ( 1970 )
b. PDP-11 ( 1970 )
c. bermulanya era mikrokomputer. Mikrokomputer pertama ialah MITS
    ( Altair 8800 ) 1975. Selepas itu, Apple I dicipta oleh Steve Mozniak
    dan Steve Jobs, Apple II ( 1977 ), Commodore PET.
d. VisiCalc ( Visible Calculator ) - sebuah pukal hamparan elektronik
    oleh Dan Brickland.
e. Super komputer yang popular ialah CRAY I.

GENERASI KELIMA ( 1991 - ? )  
Ciri-cirinya:
1. Lebih canggih, lebih murah, lebih pantas dan lebih hebat daripada
    yang sedia ada dan kemampuan 'melihat', 'mendengar', 'bercakap',
    dan 'berfikir' seperti manusia.
2. Memiliki kecerdikan buatan iaitu setakat mana manusia membuat
    komputer itu cerdik.
3. Melaksanakan tugas secara selari berbeza dengan caranya sekarang
    dan membolehkan tugas diselesaikan serentak.
4. Lebih cepat dan lebih kuasa untuk membuat penaakulan, belajar dan
    membuat kesimpulan.
Contoh :
a. Pentium III
b. Pentium IV 

Sumber Maklumat: 
Hussin Bin Haji Hamidon  
http://tienee.tripod.com/sejarah_dan_perkembangan_komputer.htm

Rabu, 23 Januari 2013

Carta Organisasi Kelab Komputer 2013

Nama Kelab: KELAB KOMPUTER
Nama / Alamat Sekolah: SMK Guar Chempedak, 08800 Guar Chempedak, Kedah
Guru Penasihat: 
  1. Pn. Mazura Bt Mislan
  2. En. Mohd Fazudli Bin Saad
  3. Pn. Nor Azwal Bt Ahmad
  4. En. Rodzi Bin Osman
AJK Kelab:
  • Pengerusi: Nur Aina Afiqah Bt Bidin (5SN1)
  • Naib Pengerusi: Syazwani Bt Shuib (2K)
  • Setiausaha: Md. Khairul Amri Bin Abdullah (4SN2)
  • Naib Setiausaha:Nur Allyana Bt Jaspizal (2K)
  • Bendahari: Nur Azila Bt Ismail (5SN1)
  • Pen. Bendahari: Nur Ainaa Hidayah Bt Mohd Zaim (2A3)
  • AJK Tingkatan:
      • Ting 1:Hasri Imran Bin Ismail (1A1)
      • Ting 2:Siti Norhasliza Bt Karim (2A4)
      • Ting 3:Muhammad Najmi Bt Mohd Sofhi (3A1)
      • Ting 4:Muhd Ikmal Bin Sirozi (4SN1)
      • Ting 5:Izzati Bt Sobri (5SN1)

 

Rancangan Aktiviti Tahunan 2013

Pertandingan terbuka kepada ahli kelab komputer sahaja.  Penyertaan anda dalam pertandingan ini menyumbangkan 1 markah kehadiran. Penyertaan boleh secara individu atau berkumpulan (maksimum 3 orang.)

BIL
BENGKEL/PERTANDINGAN
TARIKH
SASARAN
1

BULETIN IT
Kemahiran mencari bahan pembelajaran / maklumat melalui internet 
JAN-APRIL
Semua ahli kelab komputer
2
BLOG PERIBADI
Kemahiran membina blog
JAN-MEI
Semua ahli kelab komputer
3
KALENDER KELAB 2013
Mengaplikasi perisian Microsoft Office / internet dalam penghasilan DTP spt kalendar
JAN-FEB
Semua ahli kelab komputer
4
MENCIPTA LOGO 2013
Mencipta Logo Kelab Komputer menggunakan program MS word/ free logo maker
JAN-MAC
Semua ahli kelab komputer
5
POHON IT
Menghasilkan Pohon IT
daripada bahan terbuang

JAN-JUN
Semua ahli kelab komputer
6
PAPAN KENYATAAN
Menghias Papan Kenyataan
JAN-OKT
(Setiap Bulan)
Pelajar Tingkatan 1 dan 2
7
JUALAN Sempena Hari Guru
MEI
Ahli kelab  tingkatan 5
8
JUALAN Sempena Hari Merentas Desa
FEB
Ahli kelab  Tingkatan 4
9
CENDERAHATI Sempena Hari Guru
MEI
Ahli kelab  Tingkatan 3
10
MOVIE
Menghasilkan movie menggunakan Windows movie maker
OGOS
Semua ahli kelab
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...