Kod Sekolah : KEE 9023
Alamat sekolah: SMK Guar Chempedak 08800 Guar Chempedak Kedah
Telefon/Fax Sekolah: 04-4686055
Blog sekolah: smkgc.blogspot.com
Blog Kelab Komputer SMKGC: komputersmkgc.blogspot.com
Gmail Kelab Komputer SMKGC:
kk.smkgc@gmail.com

Sabtu, 26 Januari 2013

Pengenalan Kepada Komputer

PENGENALAN
1. Komputer adalah sebuah alat elektronik atau mesin automatik yang digunakan untuk memproses data.
2. Komputer boleh melakukan kerja-kerja untuk membantu manusia menyelesaikan masalah-masalah dalam memproses data:
  • Menerima arahan (input) dan memasukkan data daripada pengguna.
  • Melaksanakan arahan (memproses) input/data yang diterima berbentuk pengiraan, logik memanipulasi data secara automatik dan sebagainya.
  • Menyimpan data/program dalam ingatan sekunder.
  • Menghasilkan laporan atau sebarang keputusan daripada kerja-kerja pemprosesan.
  • Laporan boleh disimpan dan boleh dipanggil semula pada bila-bila masa. 
3.  Komputer terdiri daripada dua (2) bahagian:
  • i. Perkakasan
    • Perkakasan adalah kelengkapan fizikal.
    • Contoh: Papan kekunci (keyboard), Pencetak, Modem, CD ROM, Tetikus (mouse),Unit Pemprosesan Pusat (CPU) dan lain-lain.
  • ii. Perisian
    • a.Kumpulan aturcara/program yang membolehkan kita berhubung dengan komputer.
    • b. Ianya terdiri daripada perintah-perintah tersusun yang perlu dipatuhi oleh komponen komputer untuk menghasilkan aktiviti tertentu. 
KOMPONEN-KOMPONEN KOMPUTER
1. Input 
  • Menerima data arahan daripada pengguna dan untuk memasukkan data ke dalam computer.
  • Contoh: Papan kekunci (keyboard), Tetikus (mouse), Pengibas (Scanner)
2. Output
  • Segala maklumat yang telah diproses dan dikeluarkan dalam bentuk tayangan atau cetakan (hardcopy). 
  • Contoh:Monitor., Pencetak (Printer)
3. Unit Pemprosesan Pusat (CPU)
  • Mengawal keseluruhan operasi komputer, menerima input data arahan daripada memproses data arahan yang diterima. 
  • Mengeluarkan hasil pemprosesan dan menyimpan di dalam storan sekunder atau  mengeluarkan kepada alat output.  
4. Ingatan
  • Kegunaannya:
    • Menyimpan pemprosesan unit arithmetic dan logic. 
    • Menyimpan arahan oleh pengguna.
    • Menyimpan arahan yang sedang diproses. 
  • Terdapat dua (2) jenis ingatan:
    • i. ROM (Read Only Memory) – Ingatan bacaan sahaja. 
    • ii. RAM (Random Access Memory) – Ingatan secara rawak.
5. Storan Sekunder
  • Contoh:Hard disk, Disket, CD-ROM, USBstorage 

Sumber Maklumat:
http://www.broadbandutara.com/buletin-fasilitator-schoolnet/kuala-muda-yan/Modul-Lengkap-Kursus-Maintenance-n-Security.pdf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...